Pecah Buah Walnut Dengan Kepala. (Video)



Mempunyai kepala yang kuat tentunya boleh mendatangkan pelbagai manfaat . Lelaki berasal dari Pakistan ini juga memanfaatkan kepalanya yang kuat seperti batu untuk meraih rekod dunia dengan cara menyelesaikan beratus-ratus buah kenari (walnut) menggunakan dahinya saja .

Lelaki bernama Mohammad Rashid tersebut berjaya mencatatkan rekod dunianya dalam sebuah acara bernama Punjab Youth Festival yang diadakan di Pakistan baru - baru ini . Ia berjaya menyelesaikan 155 buah kenari (walnut)  dalam masa 1 minit dengan menggunakan kepalanya saja . Pencapaiannya yang luar biasa ini berjaya memecahkan rekod sebelumnya yang didapatkan oleh lelaki berasal dari Amerika Syarikat dengan 44 buah kenari (walnut) saja .

Buah kenari (walnut) itu diletakkan dalam dua barisan rapi pada sebuah meja panjang . Ketika salah seorang pengadil meniup wisel " start " , Rashid terus memukulkan kepalanya berkali - kali ke seluruh buah kenari(walnut) tersebut hingga pecah . Meskipun  menahan pedih disebabkan luka ringan di dahinya , namun ia mengaku sangat senang boleh memperoleh rekod dunia ini .

Festival Punjab ini memang dilaksanakan oleh kerajaan Pakistan untuk menyelesaikan pelbagai rekod dunia yang diikuti oleh puluhan ribu rakyat . Tercatat ada 100 rekod yang berjaya ditorehkan melalui festival ini . Salah satunya adalah Mohammad Arbab yang berjaya melakukan tekan tubi sebanyak 65 kali dengan membawa beban seberat 18 kilogram di belakangnya .

Berikut ini aksi Mohammad Rashid dalam menyelesaikan buah kenari(walnut) dengan kepalanya :
0 Komentar untuk " Pecah Buah Walnut Dengan Kepala. (Video)"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info