Terbaru pengacara Awesome Eats iaitu Ben
yang juga seorang vlog telah berkunjung ke Indonesia untuk mencuba
sendiri makanan atau mee segera yang dipanggil Indomie yang dikatakan
paling pedas di dunia di Restoran Abang Adek di Jakarta. Di Restoran
ini, terdapat beberapa jenis makanan mee segera yang pedas mengikut
level tertentu dan level yang tertinggi ialah mee segera yang bernama
“mampus” iaitu mee segera dengan campuran lebih kurang100 batang cili
padi.
Walaupun begitu, Ben tetap meneruskan makan mee tersebut dan selang beberapa saat, kelihatan Ben mula menanggalkan baju dan berdiri sambil meminum beberapa gelas air dan juga memakan air batu kerana tidak tahan dengan pedas dan panasnya. Apabila merasakan panas dan pedasnya tidak berkurang, ben mengambil keputusan membasahkan kepala dan mukanya di sinki. Selepas agak tenang, Ben berkata bahawa ini adalah pengalaman yang menarik, “That was fun. I haven’t had so much fun in the long time.”
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Sahut Cabaran Makan Mee Paling Pedas Di Dunia Dan Akhirnya Menyesal Dengan Serta Merta (Video)"