Jepun Perkenalkan Abc Seakan Tahi Manusia.



 Jepun memang terkenal dengan pelbagai makanan yang unik dan lazat . Namun yang uniknya , salah satu restoran di Jepun  menyajikan hidangan yang kelihatan aneh seperti air batu campur dengan topping berwarna seperti najis .

Sebuah restoran di daerah Shimokitazawa , Tokyo , Jepun menyajikan hidangan air batu campur  atau yang lebih dikenali dengan
kakigori. Namun malangnya topping ais ini kelihatan speperti najis manusia dengan warna kuning yang mungkin saja boleh membuat pengunjung tidak mahu untuk memakannya .

Meski kelihatan sedikit aneh , namun nyatanya air batu campur ini dikenali dengan cita rasa yang enak . Air batu  ini dicampur dengan sirap strawberi yang diimport terus dari Perancis dengan tambahan susu coklat di dalamnya . Sedangkan toppingnya dibuat dari kacang badam panggang yang dihancurkan sehingga menimbulkan kesan segar dan warna kuning seperti najis manusia .

Menariknya , di puncak topping ais kakigori ini dibakar dengan teknik Esupama . Pembakaran ini menggunakan gas nitrogen ( N2O ) yang berfungsi untuk membuat ais krim dapat bertahan lama sehingga tidak cepat meleleh . Meskipun terdengar sangat menggiurkan , ais krim ini ternyata juga menimbulkan pro kontra di kalangan masyarakat .

0 Komentar untuk "Jepun Perkenalkan Abc Seakan Tahi Manusia."

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info