Percaya pada ungkapan cinta yang 'didedahkan' oleh burung berkenaan, si isteri kemudian membuat laporan polis.
Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik kerana pihak berkuasa enggan
menerima 'pendedahan' burung kakak tua itu sebagai saksi kerana tiada
bukti yang menunjukkan burung itu tidak meniru perbuatan dalam rancangan
radio atau televisyen.
Meskipun pihak berkuasa menolak kes tersebut, si isteri tetap mengesyaki
suaminya curang kerana setiap kali dia pulang ke rumah, suaminya
kelihatan cemas dan itu bukan pertama kali burung berkenaan mendedahkan
kecurangan tuannya.
Menjalinkan hubungan secara haram antara lelaki dan wanita di Kuwait
dianggap sebagai perbuatan jenayah. Pesalah boleh dikenakan hukuman
penjara atau kerja keras.
0 Komentar untuk "Burung Kakak Tua Dedah Suami Berlaku Curang Dengan Pembantu Rumah"