Hampir separuh orang muda Jepun masih teruna, dara

TOKYO: Kira-kira 42 peratus lelaki dan 44.2 peratus wanita Jepun masih dara dan teruna, menurut penemuan kajian Institut Penduduk dan Penyelidikan Keselamatan Sosial (NIPSSR) negara itu. Kajian ke atas 2,706 lelaki dan 2,570 wanita berusia 18 hingga 34 tahun mendapati, sebagai tambahan peningkatan peratusan golongan muda yang tidak pernah melakukan hubungan seks, hampir 70 peratus lelaki dan 60 peratus wanita yang belum berkahwin ketika ini tidak menjalin hubungan intim. "Kerajaan bimbang ketiadaan hubungan seksual menjadi kebiasaan kepada warga Jepun seperti sumo dan sake," lapor akhbar Japan Times. Katanya, pentadbiran Perdana Menteri, Shinzo Abe mahu meningkatkan kadar kelahiran di negara itu menerusi sokongan penjagaan kanak-kanak, namun selagi rakyat Jepun tidak aktif dalam bilik tidur, tiada apa yang boleh dibanggakan.




Hampir 90 peratus responden kajian itu mengaku mereka mahu berkahwin 'suatu masa nanti," namun 30 peratus berkata mereka ketika ini tidak bercadang memulakan hubungan. "Mereka sebenarnya mahu berkahwin, tetapi membatalkan hasrat itu apabila menyedari wujud jurang antara cita-cita dan realiti. "Sebab itulah ramai yang mendirikan rumah tangga agak lewat atau membujang sepanjang hayat, menjadi punca kadar kelahiran rendah di negara ini," kata ketua bahagian penyelidikan penduduk NIPSSR, Futoshi Ishii. Kajian sama dibuat pada 2010, ketika 36.2 peratus lelaki dan 38.7 peratus wanita dilaporkan masih teruna dan dara. - Agensi
TOKYO: Kira-kira 42 peratus lelaki dan 44.2 peratus wanita Jepun masih dara dan teruna, menurut penemuan kajian Institut Penduduk dan Penyelidikan Keselamatan Sosial (NIPSSR) negara itu. Kajian ke atas 2,706 lelaki dan 2,570 wanita berusia 18 hingga 34 tahun mendapati, sebagai tambahan peningkatan peratusan golongan muda yang tidak pernah melakukan hubungan seks, hampir 70 peratus lelaki dan 60 peratus wanita yang belum berkahwin ketika ini tidak menjalin hubungan intim. "Kerajaan bimbang ketiadaan hubungan seksual menjadi kebiasaan kepada warga Jepun seperti sumo dan sake," lapor akhbar Japan Times. Katanya, pentadbiran Perdana Menteri, Shinzo Abe mahu meningkatkan kadar kelahiran di negara itu menerusi sokongan penjagaan kanak-kanak, namun selagi rakyat Jepun tidak aktif dalam bilik tidur, tiada apa yang boleh dibanggakan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/193626
0 Komentar untuk "Hampir separuh orang muda Jepun masih teruna, dara "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info