Wanita Bercerai Dengan Suami Lumpuh Kemudian Kahwin Dengan Kawan Untuk Bersama-sama Jaga Bekas Suaminya itu


Shaanxi, China - Seorang wanita disini membuktikan dirinya sebagai seorang isteri yang taat setia apabila sanggup bercerai dengan suaminya yang lumpuh sebelum berkahwin dengan rakan suaminya.

Yang heroicnya, wanita itu berkahwin dengan rakan suaminya itu supaya dapat bersama-sama menjaga bekas suaminya yang lumpuh itu.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Xie Xiping, telah menjaga bekas suaminya itu, Xu Xihan sejak dia lumpuh dalam satu insiden letupan pada 2002.

Mengingat kembali kisahnya, Xu menceritakan bagaimana jiran-jiran percaya isterinya itu akan melarikan diri selepas 3 bulan. Bagaimanapun, isterinya itu berkeras untuk menjaga Xu bersama-sama dengan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, Xu menginginkan isterinya supaya hidup bahagia. Akhirnya pada 2009, Xu berjaya memujuk Xie untuk bercerai dan menyaksikan Xie berkahwin dengan rakannya, Liu Zongkui.

Sejak dari itu, Liu menggalas dua tanggungjawab sekaligus, iaitu menjaga Xie membantu isterinya untuk menjaga Xu. Pada 2012, Xie telah melahirkan anak lelaki baru.

Biarpun hidup dalam susur galur yang mengelirukan, 'keluarga' enam anggota itu hidup bahagia.

"Saya akan tetap bersama kamu hingga ke akhir selagi kamu tidak tinggalkan saya", kata Xu. - Siakapkeli.my

Sumber : shanghaiist.com



0 Komentar untuk "Wanita Bercerai Dengan Suami Lumpuh Kemudian Kahwin Dengan Kawan Untuk Bersama-sama Jaga Bekas Suaminya itu "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info