Pemergian lagenda tinju, Muhammad Ali, diratapi segenap pelusuk dunia terutama sekali peminat-peminat sukan tinju.
Namun sedikit yang mengetahui kisah bagaimana lagenda tinju itu memeluk
Islam dan liku-liku yang perlu dilalui olehnya sebagai seorang Muslim
dan juga 'public figure' di Amerika Syarikat.
Biodata Muhammad Ali
Nama lahir Muhammad Ali adalah Cassius Marcellus Clay dan dia dilahirkan
17 Januari 1942 di Kentucky, US. Ali memulakan kariernya dalam arena
tinju sejak berumur 12 tahun.
Masuk Islam
Pada 1964, Muhammad Ali mendedahkan dia sudah memeluk Islam. Ketika
pengumuman itu dibuat, Muhammad Ali baru sahaja mengalahkan Sonny Liston
dan memegang nama sebagai juara dunia kelas berat. Dan berita Ali masuk
Islam sememangnya mencetuskan beberapa pihak panas punggung.
Difahamkan, Ali telah didorong oleh Malcom X untuk memeluk Islam.
Pada Mac 1964, pemimpin Nation of Islam, Elijah Muhammad, telah
menggantikan nama Clay menjadi Muhammad Ali dan sejak itu peninju
tersebut tidak lagi menggunakan nama Clay.
"Cassius Clay adalah nama hamba. Saya tidak memilihnya dan saya tak
mahukannya. Saya adalah Muhammad Ali, satu nama yang bebas - ia
bermaksud dicintai Tuhan dan saya mahu orang ramai menggunakan nama itu
ketika bercakap dengan saya", ujar beliau.
Disebabkan Ali memeluk Islam, akhbar-akhbar di negara tersebut merasa
mereka dikhianati dan ada yang menuduhnya berbuat sedemikian kerana
ingin melariskan penjualan tiket.
Muhammad Ali & Malcom
Dibuang kerana tak mahu berperang
Selain dikenali sebagai peninju, Ali juga terkenal sebagai seorang yang
lantang bersuara dalam isu politik dan agama. Malah dia terkenal sebagai
seorang yang bijak berkata-kata.
Pada 1967 Ali dimasukkan ke penjara kerana tidak mahu menyertai perang
menentang Vietnam disebabkan berpendirian sebagai seorang muslim.
"Macam mana saya nak bunuh seseorang jika saya sembahyang lima kali sehari untuk keamanan", soal Ali pada 1967.
Disebabkan pendirian itu, Ali tidak dibenarkan menyertai boxing selama tiga tahun dan gelarannya dilucutkan.
Tegas menegakkan Islam sampai ke akhir hayat
Sampai ke hari-hari terakhirnya, Ali masih lagi dilihat tegas dalam
mempertahankan Islam terutamanya di Amerika. Kata-kata tegas dari
Muhammad Ali berjaya mematahkan 'serangan' Donald Trump terhadap Islam
susulan serangan di Perancis baru-baru ini
"Saya seorang muslim dan pembunuhan orang tidak bersalah di tidak ada
kena-mengena dengan Islam di Perancis, San Bernardino, atau dimana-mana
di dunia ini. Muslim sejati akan tahu cara kejam yang digelar "Islamic
Jihadist" itu sangat bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh Islam"
"Kami sebagai muslim perlu berdiri menentang mereka yang menggunakan
Islam untuk agenda peribadi. Mereka telah melencongkan ramai orang dari
belajar tentang Islam. Muslim sejati tahu dan patut tahu ianya salah di
sisi Islam untuk memaksa orang memeluk agama Islam.
Ali bukan sahaja tokoh sukan tinju, tapi beliau juga merupakan seorang tokoh dalam dunia Islam yang disegani ramai.
Sesungguhnya pemergian Ali akan dirasai oleh seluruh umat Islam. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Ini Kisah Bagaimana Muhammad Ali Peluk Islam Dan Dilucut Gelaran Kerana Seorang Muslim"