Keadaan itu juga menyebabkan Rajee Narinesingh, 48, menderita kesakitan selama 10 tahun apabila kulit mukanya menjadi seperti berketul-ketul.
“Saya ingin membantu Rajee tetapi beberapa prosedur perlu dilakukan bagi mengelakkan bahan suntikan itu kerana keradangan boleh berlaku sekali gus menyebabkan kulitnya bertukar rosak teruk,” kata Dr.Dubrow.
Atas ketelitian kedua doktor tersebut, pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan hampir sejam dan kesemua cecair silikon di wajah transgender itu telah dibuang.
“Rupa wajah saya kini tidak ubah seperti raksaksa,” katanya. Menurut Rajee, dia mendapatkan suntikan itu di sebuah klinik tidak berdaftar pada tahun 2005.
Perubahan aneh pada wajahnya itu juga menyebabkan Rajee berusaha selama bertahun-tahun lamanya mencari pakar bedah yang boleh mengembalikan wajahnya kepada asal namun gagal.
Sehinggalah dia akhirnya berjumpa dengan dua doktor pakar bedah bernama Dr. Tery Dubrow dan Dr. Paul Nassif. Pun begitu, doktor berkenaan mengakui pembedahan bagi membuang ketulan silikon itu tinggi risikonya dan boleh menyebabkan implikasi lain.
Kini, Rajee boleh kembali tersenyum kerana wajahnya sudah menjadi normal. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Wajah Bertukar Ngeri Akibat Suntik Dengan Silikon"