KEBIASAANNYA gelagat dan tingkah laku warga China yang sering
diperkatakan kerana dikaitkan dengan perbuatan tidak senonoh atau sering
berkelakuan pelik. Namun ini pula kisah benar yang terjadi di
Singapura.
Umum mengetahui bahawa negara Kota Singa itu sangat mementingkan
tahap disiplin kebersihan dan setiap perlakuan yang menyalahi
undang-undangnya akan dikenakan hukuman berat.
Menurut seorang sumber kepada sebuah portal Singapura yang mahu
dikenali sebagai Chan, kejadian yang cukup memalukan ini berlaku pada
jam 11 pagi semalam.
Dia yang kebetulan dalam perjalanan ke Joo Koon dengan menaiki tren
Mass Rapid Transit (MRT) di stesen Bugis telah menyaksikan insiden
‘pelik’ yang tidak pernah dilihatnya.
Semasa menaiki pengangkutan awam rel canggih itu, dia ternampak
sehelai baju tersidai di salah satu besi yang dikhaskan untuk penumpang
memegang.
Baju yang dimaksudkan itu merupakan sehelai jersi berwarna hitam dan terdapat jalur oren pada bahagian atas bahunya.
Jelas Chan kepada portal itu, pemilik kepada baju itu tidak dapat dipastikan siapa.
“Mungkin disebabkan cuaca panas, seseorang cuba untuk mengeringkan pakaiannya,” kata Chan kepada portal itu.
Mungkin inilah senarionya yang berlaku kepada penduduk warga kota
yang sentiasa berkejaran dengan masa. Tidak sempat mengeringkan baju di
rumah, pengangkutan awam pula yang jadi mangsa. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Teknik Cepat Keringkan Baju Oleh Pengguna MRT Singapura"