Suhu Panas Melampau, Jalan Raya Di India Cair


FENOMENA El Nino yang berpunca daripada gelombang udara panas telah meningkatkan suhu di bandar raya sekitar India menyebabkan beberapa jalan raya berturap tar di negara itu ‘cair’.

Rekod terbaharu dicatatkan di Phalodi, sebuah bandar di Rajasthan dengan suhu panas ekstrem setinggi 51 darjah Celsius pada minggu lalu, menurut laporan media tempatan.

Rakaman video stesen televisyen NDTV menunjukkan penduduk bandar Valsad di Gujerat berdepan masalah untuk berjalan apabila selipar dipakai melekat pada jalan raya yang cair akibat suhu panas mencecah 36 darjah Celsius.

Suhu Panas Melampau, Jalan Raya Di India Cair

Jabatan meteorologi India memberi peringatan bahawa gelombang panas yang melanda boleh menyebabkan berlakunya pelbagai komplikasi kesihatan antaranya dehidrasi dan beberapa masalah kesihatan lain.
Jelas pihak itu lagi, ratusan penduduk daripada 13 buah bandar di India tewas akibat bencana itu malah puluhan ribu petani kecil terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan berpindah ke kawasan bandar.
Selain itu, gelombang haba yang melanda turut menjejaskan seramai 330 juta penduduk negara itu malah beberapa empangan dan sungai yang terdapat di Rajasthan, Gujerat dan Maharashtra turut kering.

Suhu Panas Melampau, Jalan Raya Di India Cair

Suhu Panas Melampau, Jalan Raya Di India Cair

Suhu Panas Melampau, Jalan Raya Di India Cair
“Kami terus berdoa kepada Tuhan agar musim hujan segera tiba dan terlepas dari penderitaan yang menyiksa kami,” kata Neeraj Kumar, yang berasal dari Kanpur.

“Akibat suhu panas yang melanda kegiatan harian kami terjejas,” tambahnya lagi.

Menurut ketua jabatan meteorologi India, BP Yadav, kebiasaannya Mei dan Jun merupakan bulan yang paling panas di India dan suhu boleh melebihi 40 darjah Celsius.

Namun untuk tahun ini sahaja, ia merupakan fenomena terburuk pernah dialami penduduk negara itu. Difahamkan tahun lepas suhu tertinggi dicatatkan di bandar Alwar setinggi 50.6 darjah Celsius. -MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Suhu Panas Melampau, Jalan Raya Di India Cair"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info