India- Balai polis di Ahmedabad
dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang tanpa rasa malu, dengan
hanya memakai coli, menyerbu masuk ke dalam balai terbabit.
Aksinya itu telah dirakamkan dan kemudian video terbabit telah menjadi viral.
Tidak diketahui apa punca kejadian berkenaan namun wanita itu kelihatan marah kepada anggota polis terbabit.
Dia berjalan selamba di situ dalam
keadaan separuh bogel tanpa mempedulikan beberapa anggota polis lelaki
yang berada di dalam balai tersebut.
Ketika pertengkaran berlaku, dia turut menepuk tangan dan perutnya.
Tidak lama kemudian seorang anggota polis telah memberikan seluar pendek kepadanya dan memujuknya memakai seluar terbabit.
Dan selepas memakai seluar, dia terus bertengkar dengan polis di situ.
Berbogel di khalayak ramai merupakan
satu kesalahan di India dan mereka yang berbuat demikian boleh didenda
atau dihukum penjara tiga bulan atau kedua-duanya sekali. – Mynewshub
0 Komentar untuk "Selamba serbu masuk balai polis tanpa pakaian "