Lelaki ini memang berani kerana sanggup memakai pakaian seumpama itu tanpa mempedulikan orang ..
Lelaki ini memang berani kerana sanggup memakai pakaian seumpama itu tanpa mempedulikan orang ramai ketika mengunjungi sebuah pasaraya di Shenzhen, China.
Dengan kasut but dan seluar dalam yang mendedahkan punggungnya, dia dengan selamba memilih barang.
Mungkinan lelaki ini sengaja menagih perhatian dan atas sebab itu dia tidak kisah dengan renungan ramai.
Kelibatnya yang bersahaja dan tanpa rasa malu itu telah menarik
perhatian ramai hinggakan gambarnya dirakamkan dan dimuatnaik dalam
media sosial.
Gambar tersebut bagaimanapun mendapat reaksi yang pelbagai daripada
orang ramai, dengan ada yang memuji keberaniannya berpakaian seperti
itu, tidak kurang pula yang menghentamnya.
Keadaan itu juga mengakibatkan pengguna media sosial di China kini
berdebat mengenai etika pemilihan pakaian dan sama ada pakaian seperti
itu sesuai dipakai di khalayak ramai - Mynewshub
0 Komentar untuk "Lelaki Pakai Fesyen`Berani Mati’ Ke Pasaraya"