Jutawan Malu Tersilap Dukung Budak, Rupa-Rupanya Sudah Berusia 46 Tahun



HANOI – Jutawan syarikat pakaian dalam wanita, Michelle Mone berkongsi saat-saat memalukan apabila mendukung seorang lelaki berusia 46 tahun yang disangkakan seorang kanak-kanak.

Kejadian itu terjadi ketika Mone sedang menyampaikan ceramah dalam persidangan usahawan yang dihadiri oleh 3,000 orang di Vietnam.

Portal Dailymail.co.uk melaporkan, secara tiba-tiba, lelaki yang disangkanya kanak-kanak berusia enam tahun itu menaiki pentas dengan membawa sejambak bunga.

Bagi menunjukkan kemesraannya, Mone, wanita kelahiran Scotland yang juga pengasas rangkaian pakaian dalam Ultimo, mendukung ‘kanak-kanak’ itu dan mengambil bergambar selfie dengannya.

Mone yang digelar ‘Baroness Mone of Mayfair’ hanya menyedari perkara itu selepas isteri kepada lelaki tersebut yang duduk di barisan depan secara tiba-tiba menjerit: “Letak lelaki itu. Saya isteri dia.



Ketika saya mendukung ‘kanak-kanak’ itu, saya berfikir ada sesuatu yang tidak kena. Giginya nampak kekuningan seperti gigi seorang perokok,” kata Mone.

Hartawan terbabit turut mendedahkan isteri kepada lelaki itu telah menemuinya dan mengajukan soalan seakan-akan menyindir sama ada perbuatan mendukung suami orang merupakan tradisi masyarakat Britain.

Mone memuat naik gambar berserta status dalam laman Twitternya : “Saya menyangka dia ialah kanak-kanak berusia enam tahun dan mendukungnya.


"Rupa-rupanya dia ialah seorang lelaki dewasa.” - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Jutawan Malu Tersilap Dukung Budak, Rupa-Rupanya Sudah Berusia 46 Tahun "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info