Betul Ke Lelaki Gemuk, Boroi Lebih Setia?



PERCAYA atau tidak, mengikut kajian, lelaki yang boroi dipercayai lebih penyayang dan seksi? Ia kemudian dikaitkan dengan kedudukan perut yang lebih daripada otak manusia.

Tetapi, dalam satu kajian soal selidik di Jerman pula mendapati, lelaki gemuk dan boroi dipercayai lebih setia jika membabitkan soal cinta; dibandingkan dengan lelaki yang kurus dan mempunyai berat badan ideal.

Semasa kajian itu dijalankan, sekumpulan lelaki berusia 31 hingga 69 telah dipilih dan ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta, termasuklah yang sudah berkahwin.

Hasil mendapati, daripada 53% yang memberikan jawapan, hanya 11% yang mengakui mereka benar-benar setia dalam hubungan dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki berbadan besar atau boroi!

Manakala 23% dan 19% lelaki yang mempunyai berat badan ideal dan kurus pula secara terangan mengaku mereka berlaku curang di belakang pasangan mereka.

Namun, ia hanyalah hasil dapatan daripada kajian soal soal selidik yang dijalankan kerana setia sebenarnya sifat dalam diri seseorang
0 Komentar untuk "Betul Ke Lelaki Gemuk, Boroi Lebih Setia?"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info