Video: Baling Telefon Bimbit Sebagai Hukuman Bawa Ke Kelas



UNIVERSITI Dongguan di China sememangnya terkenal dengan polisi ketat melarangkan penggunaan telefon bimbit di dalam kelas.

Jika penuntut ingkar dan masih membawa telefon bimbit ke dalam kelas, pensyarahnya mempunyai kaedah untuk mengajar penuntut terbabit.

Ia termasuk meminta penuntut tersebut membaling telefon itu ke lantai hingga pecah.

Jika penuntut berkenaan gagal melakukannya maka dia berdepan hukuman penolakan 30 mata daripada peperiksaan akhir.

Itu yang dilakukan oleh salah seorang pensyarah di universiti terbabit, Jiang, yang mengajar mata pelajaran kewangan.

Dia telah mengarahkan salah seorang penuntut perempuannya menghempas telefon bimbit itu hingga pecah selepas mendapati penuntut berkenaan sedang berbalas mesej dalam telefon.

Bagaimanapun Jiang tidak menyedari hukuman yang dijalankannya itu telah dirakamkan oleh salah seorang penuntut dalam kelas itu yang kemudianya menyebarkannya menerusi media sosial.

Tindakan Jiang itu telah mengundang perdebatan ramai dengan ada yang bersetuju dan tidak kurang pula yang membantah hukuman berkenaan.

Sementara pihak universiti pula telah meminta Jiang membayar kos kerugian yang dialami oleh penuntut terbabit. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Video: Baling Telefon Bimbit Sebagai Hukuman Bawa Ke Kelas"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info