Tragis, Pelancong Maut Terkena Batu Dibaling Monyet

Maut dibaling batu, monyet

HASRAT seorang pesara menghabiskan usia tuanya dengan mengembara dan menikmati pemandangan di sebuah gunung berakhir dengan tragedi.

Weng Mao, 67, maut selepas terkena batu yang dibaling oleh seekor monyet di pergunungan Yuntai yang terletak di Wilayah Henan, Selasa lalu.
Kejadian dikatakan berlaku ketika bekas pengerusi sebuah syarikat makanan terkenal itu mahu mengambil gambar untuk mengabadikan kenangan di lokasi pelancongan tumpuan ramai berkenaan.

Maut dibaling batu, monyet
Weng Mao, 67

Maut dibaling batu, monyet

Menurut portal Daily Mail, Mao maut ketika menjalani rawatan di hospital selepas terkena serpihan batu di kepala dipercayai dibaling oleh monyet, berdasarkan kenyataan dikeluarkan pihak Pengurusan Gunung Yuntai yang mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut sebuah portal China, kawasan pergunungan itu terkenal dengan monyet liar yang sentiasa berkeliaran menuruni gunung yang curam untuk mencari makan serta mengambil barang-barang pelancong.
0 Komentar untuk "Tragis, Pelancong Maut Terkena Batu Dibaling Monyet"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info