Seluar Dalam Lelaki Direka Untuk Bagi ‘Ia’ Bernafas


SEORANG pengusaha jualan atas talian dari Lithuania telah mencipta satu definisi baharu dalam penghasilan rekaan seluar dalam khas untuk memenuhi keperluan zakar golongan lelaki.

Rekaan unik tersebut diberi nama Warm Presents, yang mana dia telah mereka beberapa rekaan seluar dalam lelaki yang turut memberikan ruang buat alat sulit lelaki untuk ‘bernafas’.

Seluar dalam unik itu dikait dengan menampilkan pelbagai rekaan comel seperti belalai gajah, kepala ular, pokok kelapa sawit, batang cendawan dan sayur karot bagi memberikan variasi pilihan kepada pelanggan mereka.

Diperbuat 100 peratus menggunakan hasil tangan, seluar dalam ini dihasilkan dengan menggunakan kain wool yang berkualiti tinggi bagi memberikan keselesaan buat si pengguna.

Apa yang pasti, rekaan itu amat sesuai untuk lelaki yang memiliki batang kemaluan saiz panjang atau bimbang ketika zakarnya tegang apabila melihat wanita cantik. – MYNEWSHUB.CC

2 

3 

4 

5
0 Komentar untuk "Seluar Dalam Lelaki Direka Untuk Bagi ‘Ia’ Bernafas"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info