Mawar Fareeda
SUSULAN video kekecohan ‘serangan’ peminat tudung jenama Fareeda yang jadi viral baru-baru ini, timbul soalan apa keistimewaan tudung Fareeda sehinggakan orang ramai sanggup berebut-rebut mahu mendapatkannya?
Menerusi pemerhatian kami, tudung Fareeda berjaya mendapat perhatian ramai kerana mereka ada personal shopper yang akan beli bagi pihak-pihak tertentu yang kemudian akan dijualnya semula pada harga yang lebih tinggi daripada yang dipasarkan oleh jenama itu sendiri.Personal shopper menyediakan perkhidmatan jualan dan memberikan nasihat dan rata-ratanya mereka terdiri daripada golongan yang mahir tentang selok belok barangan berjenama dan ada di antaranya adalah peminat tegar barangan tersebut.
Dalam
ramai-ramai yang berasak, pasti ada terselit satu dua personal shopper
yang ingin menjual semula tudung dengan harga yang lebih tinggi
memandangkan terdapat permintaan daripada penggemar tudung Fareeda.
Jadi, jumlah keuntungan sebanyak RM50 sudah berjaya diperoleh oleh personal shopper terbabit.
Sebab yang kedua kenapa tudung Fareeda ini begitu mendapat sambutan ialah kerana setiap kali keluaran terbaharunya, ia adalah koleksi terhad yang mana pengusahanya akan mengeluarkan model tudung terbaharu itu dalam jumlah-jumlah terhad sahaja.
Jika Fareeda mengeluarkan sebanyak 100 helai, hanya itu sahaja yang akan dijual dan mereka tidak akan mengulang cetak corak dan rekaan yang sama bagi mengekalkan eksklusiviti buat pelanggan mereka.
Sweet Luv, koleksi terbaharu hijab keluaran Fareeda.
Sweet Luv, koleksi terbaharu hijab keluaran Fareeda.
Itu pasal peminat Fareeda tidak pernah jemu berasak-asak demi mengejar nombor giliran dan difahamkan insiden bertolak-tolakan di antara mereka bukan kali pertama berlaku malah hampir setiap keluaran terbaharu, ada sahaja berlaku kejadian berasak-asak.
Dipercayai
butik Fareeda hanya membenarkan seramai 20 hingga 30 pelanggan dalam
satu-satu masa untuk membeli tudung di premis mereka.
Itu antara sebab-sebab kenapa tudung jenama Fareeda digemari ramai walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal untuk pasaran jualan tudung. – MYNEWSHUB.CC
Penggemar tudung jenama Fareeda yang rela tidur bergelimpangan demi mendapatkan stok tudung kegilaan mereka.
0 Komentar untuk "Sebab Utama Kenapa Tudung Fareeda Jadi Kegilaan Ramai"