Gambar hiasan |
Ini termasuk penggunaan telefon pintar, lampu elektrik dan pakaian, menurut laman Mirror.co.uk. Bahkan makanan dimasak bukan menggunakan dapur moden dan dihidangkan atas pinggan tanah liat buatan tangan.
Walaupun demikian, pengunjung yang belum pernah tampil bogel tidak perlu bimbang jika enggan melucutkan pakaian di “naked diners” ini kerana ada juga tempat menyediakan lokasi bagi pelanggan yang masih berpakaian.
Konsep restoran ini diilhamkan oleh arkitek sensasi Seb Lyall di lokasi yang belum didedahkan namun terletak di tengah kota London. Beliau pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu dengan projek bar bertema burung hantu.
Setakat ini, sudah ada hampir 10,000 individu yang menyatakan diri mereka tertarik dan meminta informasi lebih lanjut mengenai pembukaan restoran telanjang bulat itu selain berjaya menerima lebih 3,000 tempahan awal.
“Kami yakin pengunjung wajar mendapat kesempatan untuk menikmati pengalaman tanpa kotoran, tanpa bahan kimia, tanpa warna-warna tiruan, tanpa elektrik, tanpa gas, tanpa telefon, dan juga tanpa busana,” kata Lollipop.
Pemilik restoran berkenaan mendakwa konsep unik yang dibawakan oleh Lyall itu bakal membawa pelanggan untuk menghargai zaman gua apabila manusia purba mampu hidup bebas gembira. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
0 Komentar untuk "Restoran Bogel Pertama Di London Terima 3,000 Tempahan Awal"