Menurut laporan CNN, syarikat yang dimiliki Lu-Chung-chi gagal memastikan keselamatan peserta parti selepas serbuk perwarna meletup akibat tindak balas dengan haba dari cahaya lampu.
Dalam kejadian tersebut, 15 peserta maut, 332 cedera parah manakala 135 yang lain cedera ringan di tapak permainan air Formosa Fun Coast.
Mahkamah Shilin memberitahu Lu tetap meneruskan acara parti walaupun tahu mengenai risiko berlakunya letupan tersebut.
"Berdasarkan undang-undang, Lu mempunyai bertanggungjawab untuk tidak menggunakan serbuk pewarna dan memastikan keselamatan peserta, dan beliau gagal," kata kenyataan mahkamah.
Pada malam kejadian, Lu meninggalkan pentas parti pada jam 7 petang dan menghentikan letupan dari berlaku
0 Komentar untuk "Penganjur parti Color Play Asia dipenjara"