Tak habis-habis lagi dengan cabaran mengarut yang menjadi kegilaan gadis-gadis di China.
Tak cukup dengan “belly button challenge” dan pinggang sebesar kertas A4, kini ada lagi cabaran baru.
Sekarang hangat diperkatakan di media
sosial tentang cabaran kaki paling cantik dan sempurna. Macam-mana nak
tahu sama ada kaki anda betul-betul sempurna atau tidak?
Anda hanya perlu rapatkan kedua-dua
lutut dan ukur dengan menggunakan iPhone 6. Jika kaki anda dilindungi
oleh telefon pintar tersebut, bermakna anda adalah seorang pemenang.
Tahniah!!
“iPhone6 Legs” menjadi topik hangat dengan lebih 67 juta tontonan dan 50,000 komen.
Ramai yang mengkritik dengan mengatakan cabaran tersebut sangat mengarut dan bodoh kerana hanya boleh menggunaan iPhone6 sahaja.
Seorang nitizen turut memberi komen pedas, “Mudah-mudahan akan datang ada satu cabaran untuk mengukur kebodohan seseorang.”
P/S: Mesti lepas baca, korang buat senyap-senyap kan?
0 Komentar untuk "Nak Tahu Kaki Anda ‘Perfect’ Ke Tak? Cuba Ukur Dengan iPhone6!"