WANITA tinggi lampai persis model antarabangsa mungkin menjadi idaman
kebanyakan lelaki. Namun, ramai tidak tahu bahawa wanita kecil molek
juga sememangnya ada tarikan mereka yang tersendiri.
Bak kata orang, kecil-kecil cili padi; dia mungkin ‘bersaiz poket’ tetapi tetap hangat!
Selain daripada comel, ada banyak kelebihan lagi andai bercinta
dengan perempuan rendah ni sebenarnya. Berikut 5 sebab mengapa jejaka di
seluruh pelosok Malaya harus merasa bertuah sekiranya mempunyai
pasangan yang petite:
1. Perangsang Ego
Wanita rendah sebenarnya sangat bergantung harap kepada pasangan yang
tinggi dan menganggap mereka sebagai ‘penyelamat’. Bukan apa, dia tak
perlu lagi terjengket-jengket untuk mencapai sesuatu kerana ada
‘pembantu’ yang sentiasa bersedia untuk capaikan untuknya!
Ini sebenarnya sangat bagus untuk merangsangkan ego lelaki kerana mereka akan merasakan diri mereka diperlukan dan penting.
2. Senang Peluk
Mempunyai pasangan yang kecil molek memang syok kerana dia akan
sentiasa rasa dilindungi dan selamat di sisi anda. Dada atau bahu
dijadikan tempat bermanja dan anda pula secara automatik berasa seperti
lelaki paling berkuasa dan ‘macho’ sekali pada pandangan matanya. Best kan? Lelaki gay je yang cakap tak best ok!
3. Jimat!
Ini mungkin pendapat kurang popular, tetapi ramai lelaki mengaku bahawa keluar dating wanita petite ni menjimatkan wang poket kerana perut mereka juga bersaiz comel!
Selalunya apabila makan di luar pasti berkongsi sepinggan dua orang,
kan tak bazir duit tu? Ada duit lebih bolehlah pergi tengok lampu di
iCity Shah Alam atau tonton wayang. Berbaloi-baloi sangat!
4. Senang Dukung
Bersesuaian dengan tingginya, wanita bertubuh rendah sudah tentu lebih ringan berat badannya.
Lelaki yang lebih tinggi berbanding isteri selalu suka menyakat
pasangannya dengan mengacah-acah dukung dan sebagainya. Ya lah,
perempuan kan kanak-kanak yang tidak pernah membesar, jadi wanita mana
yang tidak rasa istimewa apabila dilayan sebegitu? Pasti dia akan sayang
anda lebih selepas ini. Win-win situation!
5. Gaduh-Gaduh Manja
Tak dinafikan, perempuan zaman sekarang lebih berani mengekspresikan
kemarahan mereka secara fizikal. Bayangkan jika teman wanita anda
bersaiz ahli gusti WWE, Chyna. Tak ke naya tu!
Dengan wanita yang petite, perselisihan faham antara anda
berdua pasti lebih ‘manis’ dan kelakar apabila dia cuba tunjuk kuat
dengan memukul-mukul tubuh anda kerana terlalu marah. Ingat sakit sangat
lah tu?
Apa-apa yang dilakukan oleh perempuan kecil molek ini memang
dipandang comel sentiasa, sejuk je hati. Jadi apa tunggu lagi,
praktikkan artikel apresiasi terhadap wanita comel ini sekarang juga!-MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Lima Sebab Mengapa Date Dengan Wanita Pendek Awesome!"