Lelaki Bogel Pura-Pura Dilanggar Untuk Dapat Ganti Rugi


DEMI mendapatkan wang dengan cara mudah, seorang lelaki dari China ini sanggup membogelkan dirinya dan buat-buat seperti dilanggar sebuah kereta Mercedes Benz dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Lelaki dari daerah Zhejiang itu dipercayai membaringkan dirinya dalam keadaan bertelanjang bulat di hadapan kenderaan mewah itu untuk memeras ugut si pemandu.

china1

Pada mulanya, semua pihak menyangkakan lelaki tersebut mempunyai penyakit mental namun selepas polis membuat siasatan, ternyata si pelaku mempunyai rekod jenayah yang sama sebelum ini.

Malah, dia juga dikhabarkan baharu sahaja selesai menjalani tempoh penjara selama tujuh hari atas kesalahan yang sama.

Modus operandi lelaki ini juga sama, dia pura-pura seperti dirinya dilanggar kenderaan dan kemudiannya akan meminta wang daripada pemandu yang telah melanggar.

Tidak diketahui apa hukuman yang bakal dijalani lelaki ini untuk insiden kali kedua ini. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Lelaki Bogel Pura-Pura Dilanggar Untuk Dapat Ganti Rugi"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info