Kenapa Gaun Pengantin Secantik Ini Tidak Boleh Dipakai?

MUSTAHILLAH gaun pengantin secantik ini takde orang berminat nak pakai.

Gaun pengantin serba putih yang mengambil masa selama 300 jam untuk disiapkan ini dihasilkan oleh tiga orang pereka.

Tapi, apa sebabnya gaun secantik ini takkan ada orang yang nak pakai kan?

Oh, rupa-rupanya ini merupakan sebuah kek yang dihasilkan menyerupai gaun pengantin, patutlah!
Kek gaun pengantin ini mempunyai berat 75 kilogram yang mana turut diberi perincian halus menerusi corak-corak yang terdapat di sekelilingnya.






Manisan unik ini dihasilkan oleh Sylvia Elba, Yvette Marner dan Ilinka Rnic yang merupakan pakar dalam bidang penghasilan kek fondant.

Kek ini akan dipersembahkan kepada umum sempena Pesta Kek Antarabangsa London yang akan berlangsung pada 16 hingga 17 April ini di Alexandra Palace, London. –
0 Komentar untuk "Kenapa Gaun Pengantin Secantik Ini Tidak Boleh Dipakai?"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info