Ingatkan Robot Takda Masalah, Rupanya Kena Pecat Jugak


SEMAKIN banyak pengusaha restoran di China yang menggunakan robot sebagai pekerja atau pelayan di premis-premis makanan mereka untuk mengurangkan kos upah pekerja. Namun sebaliknya yang berlaku.

Kejadian yang berlaku di Guangzhou wilayah Guangdong memperlihatkan implikasi pengambilan robot sebagai pelayan di restoran-restoran makanan membawa kepada kebankrapan premis terbabit.

robot_1

Keterbatasan pergerakan robot-robot ini menjalankan kerja-kerja sebagai pelayan seperti mengambil pesanan, menghidangkan sup dan membawa piring-piring berisi makanan kepada pelanggan serta sering mengalami kerosakan membawa nasib malang kepada pengusaha restoran, lapor portal Shanghaiist.

robot_2

robot_3
Ternyata kos untuk sebuah robot melebihi kos untuk beberapa tenaga kerja manusia, jika diambil kira dari semua aspek seperti pengendalian dan baik pulih robot

Sekiranya mengalami kerosakan, kosnya mampu mencapai 50 ribu yuan.

Dengan amount yang sebegitu, rata-rata pengusaha premis makanan berfikir berulang kali untuk ‘menggaji’ robot sebagai pekerja.

Menurut salah seorang  pemilik restoran, robot hanya bagus dipakai untuk menyambut tetamu di pintu masuk.

“Robot mampu menarik ramai pelanggan, tapi mereka ternyata tidak  boleh menghentikan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia,” jelasnya kepada portal itu.

Menurut Zhang Yun, timbalan pengetua Universiti Teknologi Guangdong, robot sangat bagus untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor perkilangan yang melibatkan kerja yang berulang-ulang.
Namun tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja yang melibatkan interaksi sesama manusia. –MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Ingatkan Robot Takda Masalah, Rupanya Kena Pecat Jugak"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info