Yuncheng (China) – Satu pasangan kembar lelaki seiras yang berkahwin
dengan sepasang lagi kembar seiras mengambil keputusan menjalani
pembedahan plastik kerana mereka gagal mengenal pasti pasangan
masing-masing.
Pasangan kembar lelaki, Zhao Xin dan Zhao Xuan berkahwin dengan
sepasang lagi kembar seiras, Yun Fei dan Yun Yang dalam satu majlis di
bandar ini 15 Februari lalu.
Dua pasangan berkenaan yang berusia 22 tahun bercinta selepas bertemu dalam majlis mencari jodoh di bandar itu.
Kedua-dua pasangan kembar itu memiliki wajah yang terlalu seiras
sehingga menyebabkan ibu bapa, keluarga serta rakan sukar mengenal pasti
mereka.
Bagaimanapun, masalah mula timbul apabila mereka sendiri sukar
mengenal pasti pasangan masing-masing sehingga sering berlaku
kekeliruan.
Kedua-dua pasangan kembar itu memiliki bentuk dan wajah yang terlalu
seiras serta sukar untuk mengenal pasti mereka melalui suara.
Zhao Xin berkata, pernah berlaku dia keluar bersama isterinya, Yun
Fei ke taman, tetapi selepas beberapa minit dia menyedari wanita itu
adalah Yun Yang.
Kerana sering terkeliru dua pasangan itu mengambil keputusan untuk
bertemu seorang pakar bedah plastik di Shanghai bagi meminta bantuan.
Doktor bersetuju untuk membuat sedikit perubahan pada wajah dua pasangan kembar itu supaya mereka boleh dibezakan. – Agensi/myMetro Online
0 Komentar untuk "Buat Pembedahan Plastik Kerana Terlalu Seiras"