Aksi Pergaduhan Jentolak Seolah-Olah Filem ‘Sci-Fi’


NAMPAK seolah-olah adegan filem sci-fi, namun ia benar-benar terjadi. Kejadian yang berlaku di Hebei sebuah daerah di Xingtang, China menjadi viral di laman sosial.

Rakaman menunjukkan dua buah jentolak merempuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan itu disertai beberapa buah yang lain.

bulldozer_fight2

bulldozer_fight
Sebuah daripadanya terjatuh selepas dirempuh dengan kuat. Cubaan salah seorang daripada pengendali kenderaan tersebut untuk membantu sebuah jentolak yang terbalik bangkit namun tidak berjaya.

Namun tiga lagi jentolak masih meneruskan pergaduhan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Laporan media tempatan menyebut perbalahan disebabkan cubaan merebut kontrak pembinaan di daerah itu oleh dua buah syarikat pembinaan.

bulldozer_fight5
Menurut seorang saksi yang melihat dan merakam kejadian itu, malangnya tiada kejadian penuh aksi pergaduhan tersebut. Tidak dapat diketahui siapa pemenang bagi ‘perlawanan’ itu.

bulldozer_fight6

Tambah sumber itu lagi, mereka tidak tahu bagaimana pihak polis menyelesaikan masalah itu setibanya di tempat kejadian. Malangnya tiada video penuh aksi pertempuran antara jentolak itu berakhir dan siapa pemenangnya. -MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Aksi Pergaduhan Jentolak Seolah-Olah Filem ‘Sci-Fi’"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info