Hadir dengan konsep berbeza, penerbangan VietJet yang sebelum ini pernah mendapat perhatian kerana ‘menghidangkan’ pramugari yang hanya berbikini untuk destinasi yang mempunyai pantai, kini pemiliknya yang juga seorang wanita, bakal menjadi seorang billionaire.
Apa yang menarik adalah cerita di sebalik kejayaan wanita ini yang berjaya merubah kehidupannya seawal usia 20-an. Nguyen Thi Phuong Thao sebenarnya telah pun bergelar jutawan pada umur 21 tahun hasil menjual mesin faks dan juga getah lateks – ketika beliau sedang menjalani pengajian kewangan dan ekonomi di Moscow.
Selai tu, Thao juga bakal menjadi wanita pertama di Vietnam yang memegang status billionaire dengan nilai melebihi RM3.91 billion malah dia juga dilaporkan turut memegang 90% saham syarikat penerbangan yang mula beroperasi pada tahun 2014 tersebut.
Hadir dengan idea yang berani, syarikat penerbangan VietJet seterusnya mula mendapat perhatian media antarabangsa. Bagaimanapun, Thao juga diselar kerana mengeksploitasi wanita. Bagi Thao, perkara tersebut sebenarnya turut membawa imej Vietnam.
“Anda mempunyai hak untuk pakai apa saja yang anda suka, sama ada mahu pakai bikini atau Ao Dai (pakaian tradisional Vietnam). Kami tidak kisah dengan individu yang mengaitkan syarikat penerbangan ini dengan imej berbikini”
“Jika itu (imej berbikini) membuatkan orang ramai gembira, maka kami pun turut gembira, katanya ketika temuramah bersama Bloomberg baru-baru ini.
0 Komentar untuk "Wujudkan Penerbangan Dengan Pramugari Berbikini, Pemilik Bakal Jadi Billionaire"