Wanita Bertelanjang Selamba Menari Atas Trak

HOUSTON – Suatu pemandangan yang aneh berlaku semasa insiden melibatkan tiga buah trak di lebuh raya Houston, Texas apabila seorang wanita melucutkan pakaiannya dan menari di atas trak berkenaan.

Menurut portal Asian Town, pihak polis tempatan dihubungi ke tempat kejadian selepas seorang saksi memberitahu bahawa terdapat seorang pejalan kaki telah dilanggar oleh sebuah kereta.

Namun setibanya di tempat kejadian, mereka mendapati seorang wanita melucutkan pakaian lalu memanjat ke atas sebuah trak sekali gus menjadi tumpuan banyak stesen penyiaran di Amerika Syarikat.

Rakaman dari udara menunjukkan wanita itu bergelek beberapa kali di atas trak berkenaan sambil meludah ke arah penyelamat yang berada di platform trak penyelamat yang cuba berunding dengannya.




31F78EFA00000578-0-image-a-5_1457384139902

31F78EEB00000578-0-image-a-6_1457384144165

Wanita berkenaan segera dibawa turun selepas pihak penyelamat berjaya menggari tangannya dan kemudian diletakkan dalam tahanan untuk disoal siasat.

Dia dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan sewaktu dibawa ke pusat tahanan dan bercakap mengenai sesuatu yang tidak masuk akal, kata jurucakap polis. – MYNEWSHHUB.CC
0 Komentar untuk "Wanita Bertelanjang Selamba Menari Atas Trak"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info