Setiap orang mengimpikan kehidupan yang
berakhir dengan kebahagiaan, rasa dicintai dan dibelai orang tersayang
hingga ke akhir hayat. Namun, jika anda mencintai seseorang anda juga
harus bersedia untuk kehilangan kerana tiada apa yang kekal.
Seperti apa yang dihadapi oleh wanita cekal ini, Nicole Bennett yang
kehilangan suami tanpa disangka-sangka dua bulan sebelum kehadiran
puteri mereka. Walau kematian telah memisahkan mereka, lihat apa wanita
ini buat untuk mengabadikan kenangan mereka. Sebak.
Sekeping gambar yang tak terungkap oleh perkataan, tak ternilai harganya.
Dia mahukan kenangan ini diabadikan sebelum tarikh bersalin 25 Mac akan datang.
Walau dia sudah tiada, saya mahu anak-anak saya selalu mengingati lelaki terhebat ini.
Dia akan selalu ada bersama kami untuk selamanya.
Menurut jurugambar, ‘Saya memasukkan digital imej seolah-olah lelaki itu
tetap ada bersama mereka dan sentiasa memastikan mereka okay’. Saya
menitiskan airmata kerana turut berduka.’
0 Komentar untuk "Walaupun Suami Telah ‘Pergi’, Wanita Ini Abadikan Kenangan Bersama Dengan Cara Yang Sangat Menyedihkan "