Video: Madonna Dedah Payudara Peminat Remaja Ketika Konsert


MADONNA dan kontroversi  sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Selepas buat hal apabila lewat berjam-jam bagi memulakan konsert jelajahnya di beberapa lokasi di Australia yang sedang berlangsung, kini ‘Material Girl’ itu melakukan pula sesuatu yang sukar dipercayai di atas pentas konsertnya di Brisbane, pada malam Khamis.

Kononnya mahu mengusik Madonna telah menarik korset yang dipakai oleh seorang peminatnya yang berusia 17 tahun, membuatkan payudara remaja berkenaan terdedah di hadapan ribuan penonton konsert yang lain.

Remaja berkenaan merupakan peminat yang dipanggil Madonna secara rawak untuk diusik di atas pentas ketika konsert jelajahnya, ‘Unapologetic B***h’ berlangsung.

Sambil memuji Josephine Georgiou kerana seksi dan memiliki bentuk badan menawan dengan berkata, She’s the kind of girl you just want to slap…the a** and pull (dia jenis wanita yang dicemburui wanita lain hingga terasa macam…nak tampar punggung dan tarik),” Madonna secara tiba-tiba menarik korset dipakai remaja tersebut hingga mendedahkan keseluruhan payudara kirinya.

Madonna kemudiannya segera mengucapkan, Oh, s**t! I’m sorry. Sexual harassment. You can do the same to me (Alamak! Maaf, gangguan seksual. Silakan buat perkara sama pada saya),” namun remaja berkenaan hanya tersenyum dan memeluknya.

JOSEPHINE GEORGIOU
Josephine Georgiou

Susulan itu ramai menganggap Madonna telah memalukan Georgiou dan dia boleh disaman namun remaja itu  memberitahu agensi berita Courier Mail dia tidak akan berbuat demikian.

Georgiou yang bercita-cita menjadi model berkata, dia tidak berasa malu langsung dengan insiden tersebut malah berterima kasih kepada Madonna kerana memberikan pengalaman paling indah dalam hidupnya.

Susulan kejadian ini Mynewshub melakukan sedikit carian tentang Georgiou di Internet. Ternyata selepas melihat gambar-gambarnya, tidak ada apa yang hendak dipelikkan apabila insiden payudara terdedah di khalayak ramai sedikit pun tidak beri kesan buatnya! – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Video: Madonna Dedah Payudara Peminat Remaja Ketika Konsert"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info