Video: Ini Asrama Perempuan Ke Tempat Pembuangan Sampah?

PENGGUNA media sosial China digemparkan dengan satu rakaman video menunjukkan sebuah bilik asrama pelajar perempuan yang tersangat kotor.

Video diberi tajuk ‘Bilik Asrama Perempuan Paling Kotor’ itu dimuat naik beberapa hari lalu dan terus menjadi viral di laman sosial.
dirty-dorm-1

Dengan tersebarnya video berkenaan ternyata sangkaan umum bahawa perempuan lebih mementingkan kebersihan berbanding lelaki boleh diragui kebenarannya.
Memandangkan wanita dianggap lebih pentingkan kebersihan berbanding lelaki, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan hairan dan pelik, bagaimana penghuninya mampu hidup dalam keadaan sedemikian.

Wanita yang merakam keadaan bilik itu juga memberi komen; “Bilik ini berbau sangat busuk hingga dua orang terpaksa keluar dari bilik sebab tak tahan baunya”.

girls-room-girls-car
Namun tidak semua lelaki dan wanita yang mempunyai tabiat pengotor sebegini.

Pada zaman sekarang, lelaki dan perempuan tak lagi boleh dikelaskan pembersih, pengemas atau pengotor mengikut jantina kerana kerja rumah kini tak hanya dilakukan kaum hawa seperti satu masa dahulu.
Jadi apa yang boleh dikatakan tak kiralah lelaki atau perempuan ianya sama ada mereka orang yang rajin atau PEMALAS – itu sahaja. –MYNEWSHUB.CC

 

0 Komentar untuk "Video: Ini Asrama Perempuan Ke Tempat Pembuangan Sampah?"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info