Terlampau Jaga Privasi, Andy Lau Beli Banglo Khas Untuk Anak

SELEBRITI popular Hong Kong, Andy Lau dikecam sesetengah netizen yang tidak berkenan dengan caranya mendidik anak.

Gara-gara terlalu menjaga privasi, baru-baru ini Andy dilaporkan membeli sebuah rumah mewah bernilai RM1.1 bilion (HKD 200 juta) di Hong Kong, hanya untuk diduduki oleh anak perempuannya dan pengasuh.
Ia dilakukan hanya kerana mahu mengelak anaknya itu daripada intipan paparazzi.

Sebelum ini Andy dilaporkan turut memohon kepada pihak pengurusan sekolah agar melepaskan anaknya 15 minit lebih awal bagi mengelak daripada diekori paparazzi.

Selain pembelian rumah agam, Andy dikhabarkan membeli jet peribadi untuk kegunaannya dan keluarga bercuti dalam dan luar negara.

Ternyata tidak semua bersetuju dengan cara Andy menjauhkan anaknya daripada limpahan glamor dunia selebriti.

Rata-rata netizen berpendapat Andy seakan mengambil kesempatan atas statusnya sebagai selebriti terkenal sehinggakan mahu mengunakan hak keistimewaan itu semata-mata untuk tujuan privasi diri dan keluarga.

Namun begitu, ada juga peminat memahami kenapa beliau berbuat demikian iaitu ingin melindungi keluarganya daripada segala anasir negatif yang dibawa oleh paparazzi.

Andy berkahwin dengan seorang wanita berketurunan Cina dari Malaysia, Carol Chu pada 23 Jun 2008. Perkahwinan itu didaftarkan di Clark County, Nevada, Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC

 

0 Komentar untuk "Terlampau Jaga Privasi, Andy Lau Beli Banglo Khas Untuk Anak"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info