Rebus Anjing Hidup-Hidup Untuk Hidangan Kenduri


Kejam….imej penduduk di sebuah kampung di China merebus anjing hidup-hidup bagi dijadikan hidangan untuk satu kenduri di kampung berkenaan telah mencetuskan kemarahan ramai.

Anjing itu telah dimasukkan ke dalam sebuah kuali yang besar ketika air sedang menggelegak.

anjing1

Meskipun anjing terbabit cuba melompat keluar namun ia gagal selepas ditolak semula ke dalam kuali besar itu.

Netizen yang menyaksikan gambar berkenaan berasa keji dengan perbuatan tersebut yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Agaknya mereka tersalah dengar mengenai makanan `hot dog’,’’ demikian antara sindiran yang diterima.
Dianggarkan kira-kira 10 juta anjing dibunuh untuk dimakan di China setiap tahun.
Kebanyakan anjing itu adalah anjing peliharaan yang dicuri atau anjing jalanan.
Komen
0 Komentar untuk "Rebus Anjing Hidup-Hidup Untuk Hidangan Kenduri"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info