Pemilik, Pembantu Gerai Ini ‘SEHANGAT’ Tom Yam Dijual!

SEBUAH gerai menjual mee tom yam yang terletak di Rangsit, Thailand menjadi tumpuan peminat makanan jalanan atau street food setelah gambar pemilik dan pembantu gerainya yang tampan tersebar di laman sosial.





‘Jad Noodles’ adalah hasil perkongsian Kritsada Saekwang, 30 bersama beberapa rakan setelah mendapat resepi rahsia menghasilkan tom yam daripada abangnya.

Kritsada, 30, yang sentiasa tampil dengan hanya memakai singlet sendat berwarna putih mencuri perhatian pelanggan yang datang ditambah pula susuk tubuhnya yang ‘sado’.

Persoalan yang bermain di benak fikiran setiap pelanggan yang datang adalah bagaimana beliau dan rakan-rakan boleh tampil macho sedemikian berbanding rahsia di sebalik resipi tom yam yang dijual.




Sebenarnya, Kritsada dan rakan-rakannya itu merupakan jurulatih kecergasan di Universiti Rangsit selain merupakan model sambilan. – MYNEWSHUB.CC

 

0 Komentar untuk "Pemilik, Pembantu Gerai Ini ‘SEHANGAT’ Tom Yam Dijual!"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info