Misteri Di sebalik 5 'bandar yang Hilang'

Belum diketahui secara pasti sama ada bandar-bandar tersebut memang benar ada, namun setelah berabad-abad, para ahli arkeologi pun berupaya mencari pembuktian tentang kewujudan bandar-bandar yang hilang.

 
Banyak peneroka terdorong untuk melakukan aksi 'gila' memburu kota-kota yang hilang. Sebut saja El Dorado, Atlantis dan The Lost City of Z. Bandar-bandar tersebut popular sebagai kota yang hilang dan banyak disebut dalam cerita-cerita pengembaraan para peneroka Inggeris dan Amerika.Dalam kisah-kisah tersebut diterangkan bahawa para peneroka memburu kota-kota yang hilang kerana pelbagai macam alasan dan tujuan. Mulai dari mencari harta karun sehingga mendapatkan kemasyhuran.Belum diketahui secara pasti sama ada bandar-bandar tersebut memang benar ada. Namun setelah berabad-abad, para ahli arkeologi pun berupaya mencari pembuktian tentang kewujudan kota-kota yang hilang.Menggunakan pengimejan satelit, pemetaan sonar dan pelbagai teknologi yang sudah semakin canggih saat ini, para saintis sedikit demi sedikit berjaya mencari jejak-jejak bandar yang hilang. Meski begitu, segala penemuan tersebut belum boleh memastikan seratus peratus kewujudan kota-kota yang hilang.Untuk lebih jelasnya, berikut ulasan mengenai beberapa bandar yang hilang dilansir dari thrillist.com.

1. Sodom dan Gomora
Lokasi dikhabarkan berada di dekat Laut Mati, Jordan. Bandar-bandar ini dikaitkan dengan kisah kehancuran umat Nabi Lut. Dikisahkan kaum Sodom yang menghuni bandar tersebut melakukan perbuatan dosa berupa penyimpangan seksual. Mereka tak mau bertobat hingga akhirnya Tuhan menurunkan azab pedih dengan memusnahkan bandar tersebut. Bandar itu kemudian hancur dan disebut sebagai bandar yang hilang.

2. City of Caesars
Lokasi diperkirakan berada di Patagonia, Argentina. Dikisahkan dahulu City of Caesars merupakan bandar yang menyimpan emas, perak dan berlian berlimpah. Kerana itu ramai peneroka mendedikasikan hidup mereka untuk mencari bandar ini demi mencari harta karun. Beberapa orang mengatakan bandar ini didirikan oleh para mangsa kapal karam yang terdampar. Namun sebahagian lain mengatakan bandar ini didirikan oleh anak-anak Suku Inca yang melarikan diri dari penjajah.
 3. Lyonesse
Lokasi dikhabarkan berada di lepas pantai barat daya England. Lyonesse digambarkan sebagai sebuah pulau tenggelam yang sering disebut-sebut dalam puisi Arthurian, cerita abad pertengahan dan novel-novel fantasi. Pulau ini diyakini menjadi penghubung antara Pulau Scilly dan Cornwall, yang dalam beberapa cerita dikatakan tenggelam pada 4,500 tahun lalu dan kemudian hilang.

4. Aztlan
Lokasi diramal berada di dekat Mexico atau Amerika Syarikat. Menurut legenda, Aztlan adalah rumah nenek moyang bangsa Aztec, sekumpulan suku yang hidup kira-kira 1,000 tahun lalu. Mereka kemudian meninggalkan Aztlan untuk sebab-sebab yang tidak diketahui dan kemudian berhijrah ke Kota Tenochtitlan, kini Mexico City. Dari sana mereka membina sebuah kerajaan dan selama dua abad memerintah kawasan luas dari Mesoamerika. Aztlan sejak itu telah menjadi simbol identiti Mesksiko sebelum kedatangan orang Eropah. Namun tidak ada yang tahu apakah itu nyata atau sekadar mitos.

5. El Dorado
Lokasi diperkirakan berada di Tasik Guatavita atau Tasik Parime, Colombia. Dalam legenda dikisahkan bahawa El Dorado adalah seorang raja yang melapisi dirinya dengan debu emas sebelum akhirnya menyelam di sebuah tasik di Andes, Colombia, sebagai sebahagian daripada ritual. Sejak saat itu bandar peninggalan El Dorado digelar bandar yang hilang. Pada tahun 1800-an perburuan El Dorado banyak dilakukan oleh para peneroka. Mereka lihat Amerika Selatan termasuk Amazon dengan harapan akan mendapat emas El Dorado.
[crosslink_1]
0 Komentar untuk "Misteri Di sebalik 5 'bandar yang Hilang'"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info