Jom Lihat Wanita Berwajah Setan Yang Pasti Mengejutkan Anda

Melihat wajah seram wanita ini, pasti ramai yang terkejut dengan penampilannya yang menyerupai “setan”.

Sehinggakan tiada siapa yang menduga wanita bernama Maria Jose Cristerna ini sebenarnya adalah seorang bekas peguam sebelum ini.

Wanita tersebut bertindak drastik melakukan perubahan pada penampilannya apabila mengalami tekanan jiwa akibat masalah rumah tangga.

Kini,rata-rata masyarakat memberi gelaran kepadanya iaitu “Vampire Woman” kerana penampilannya yang pelik dan menyeramkan.

“Vampire Women” ini juga mengambil keputusan beralih kerjaya menjadi seniman tato di Guadalajara,Mexico.

Hampir 90% wajah dan badannya dipenuhi dengan tato dan plat titanium yang ditanam di tangan dan kepalanya dan memasang sejumlah tindik, memasang gigi taring palsu serta memasang logam titanium di dalam kulitnya.

Ibu empat anak ini mengakui tidak mengalami kesukaran bergaul bersama masyarakat tempatan.


0 Komentar untuk "Jom Lihat Wanita Berwajah Setan Yang Pasti Mengejutkan Anda "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info