Jom Lihat Kemusnahan Akibat Perang Di Syria Secara Maya


PERANG saudara di Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan sejak awal 2011.

Tidak seperti peperangan di Iraq dan Afghanistan, peperangan di bumi ambia ini seakan dilupakan dan dunia menutup mata ke atas kekejaman rejim Bashar Al Assad.

Antara kekejaman yang dilakukan ialah menggunakan bom tong minyak yang dijatuhkan oleh helikopter tempur ke atas sasaran awam.

Amnesty International, sebuah pertubuhan bukan kerajaan bagi hak asasi manusia telah menghasilkan laman Fear of The Sky 360Syria bagi membuka mata dunia tentang kemusnahan yang berlaku.

Untitled

Mereka menggunakan teknologi realiti maya bagi membolehkan pelawat laman itu untuk melihat pemandangan 360 darjah kawasan yang dilanda konflik ini.

Pengguna boleh melayari laman ini menggunakan pelayar desktop, peranti pintar atau menggunakan peranti realiti maya seperti Oculus.

Sambil melihat keadaan bandar yang telah musnah, anda akan mendengar audio penduduk menceritakan pengalaman mereka hidup di medan perang.

Laman ini boleh anda layari menerusi pautan di bawah. – MYNEWSHUB.CC
Layari: Fear of The Sky 360Syria

 

0 Komentar untuk "Jom Lihat Kemusnahan Akibat Perang Di Syria Secara Maya"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info