KEBIASAANNYA, foto yang dirakam bersama ahli keluarga pastinya memberikan memori kenangan indah, yang dapat dihidupkan semula sebaik sahaja menatap wajah si pemilik di dalam gambar.
Ini termasuklah gambar kenangan potret keluarga daripada pelakon yang
baru-baru ini memenangi anugerah Oscar Pelakon Lelaki Terbaik, Leonardo
DiCaprio.
Gambar berkenaan dirakam pada tahun 1976, sewaktu Leonardo yang
berumur dua tahun diapit oleh ibunya, Irmelin dan ayahnya George
DiCaprio.
Apa yang menariknya, gambar berusia 40 tahun itu kembali menjadi hit
gara-gara ibu Leonardo, irmelin DiCaprio dilihat tidak mencukur bulu
ketiaknya yang agak panjang ketika itu.
Gambar yang dimuat naik pada 1 Mac oleh laman Facebook History in Pictures yang bertajuk “Baby Leonardo DiCaprio with his mum and dad,1976” sehingga kini telah menerima perkongsian sebanyak 12,000 kali dan lebih 6,000 komen dari pengguna alam maya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa meluat dan tidak selesa mereka
apabila melihatkan keadaan bulu ketiak Irmelis yang seakan tidak dijaga
dan pengotor.
Pengguna Facebook Leonardo Hernandez mengatakan keadaan tersebut adalah terlalu jijik.
“That’s gross, end of discussion (Ia menjijikkan, tamat perbincangan),” tulisnya di ruangan komen.
Manakala pengguna Facebook Taylor Jade pula memberikan ‘tema’ kepada gambar berkenaan.
“beast of a pit (Haiwan liar yang berada di dalam lubang),” tulis Taylor.
Bagaimanapun, reaksi kebanyakkan netizen yang mengganggap bulu ketiak
tersebut adakah pengotor telah disangkal oleh beberapa pengguna
Facebook wanita, dengan mengatakan tidak semua perkara perlu dilakukan
bagi memuaskan hati manusia.
“The ignorance is ridiculous. Not every women has to shave to appease you (Sikap sambil lewanya agak pelik, namun tidak semua wanita perlu bercukur demi memuaskan hati anda),” tulis Everlides Capozziello.
Malah terdapat beberapa pengguna yang dilihat memperjuang hak asasi
wanita tampil mengeluarkan memuant naik beberapa gambar keadaan mereka
yang tidak bercukur di ruangan komen.
“Not your body. Not Your choice! (Bukan tubuh anda, bukan hak anda!) Antara kapsyen yang sering digunakan bagi wanita-wanita yang memperjuangkan hak tidak potong bulu ketiak.
Sumber: Facebook History in Pictures.
Seperti yang diketahui, perkara tidak mencukur bulu ketiak buat
golongan wanita ini bukanlah merupakan kes pertama yang diperdebatkan
oleh pengguna alam maya.
Pada 2015, sebuah pertubuhan wanita di China, Xiao Meili, telah
melancarkan kempen ‘Menyimpan Bulu Ketiak Sehingga Panjang’ bagi
menggalakkan wanita di sana tidak melihat ‘bulu ketiak’ sebagai perkara
yang menjijikan… Macam-macam!-MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Gara-Gara Bulu Ketiak, Potret Keluarga DiCaprio Trending"