2 Jarum Berkarat, Ditemui Dalam Perut Pesakit


8Shares

WUHAN – Doktor di Hubei, China terkejut apabila menemui dua jarum dalam perut seorang lelaki yang mengadu sakit leher dan kebas di tangan kirinya.

Imbasan CT yang dilakukan di Hospital Perubatan Tradisional China Wilayah Hubei mendedahkan bahawa kedudukan jarum berubah, menunjukkan ia bergerak dalam tubuhnya.

Ini bermakna organ pesakit berdepan risiko ditusuk objek tajam.

Menurut People.cn, jarum itu juga didapati sudah berkarat dan menambah risiko jangkitan.

South China Morning Post pula melaporkan objek tajam berukuran 2 sentimeter dan 5.6 sentimeter itu dikeluarkan menerusi pembedahan ke atas lelaki berusia 43 tahun itu.

Doktor menganggarkan jarum itu berada sekurang-kurangnya dua tahun di dalam tubuh lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki itu berkata dia tidak tahu bagaimana jarum itu masuk ke dalam tubuhnya. – Agensi/BH ONLINE

 

0 Komentar untuk "2 Jarum Berkarat, Ditemui Dalam Perut Pesakit"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info