Stephanie Kurlow baru berusia 14 tahun namun dia bercita-cita mahu
menjadi penari profesional Islam yang pertama di dunia, yang menari
sambil memakai hijab.
Gadis yang berasal dari Sydney itu sebelum ini menyangka dia tidak
mampu menjadi penari profesional kerana tiada syarikat yang mahu
mengupah penari balet yang memakai hijab.
Bagaimanapun selepas mendapat inspirasi daripada wanita di seluruh
dunia yang berjaya dalam bidang masing-masing termasuk pembaca berita
pertama di Amerika Syarikat yang memakai hijab iaitu Michaela De Prince
dan Misty Copeland, yang merupakan penari balet Afrika-Amerika yang
pertama, Stephanie kembali bersemangat.
Stephanie kini telah memulakan kempen mengutip dana `LaunchGood’ bagi
membolehkan dia mencapai impian dengan menjadi pelatih sepenuh masa di
sekolah balet profesional.
Dia ingin mengumpulkan wang untuk membuktikan bahawa agama sepatutnya tidak menjadi halangan.
Stephanie menetap bersama bapanya, seorang warga Australia dan ibunya
yang berasal dari Rusia serta dua abangnya di Campside. Dia sukar
mencari sekolah balet profesional selepas memeluk Islam.
Gadis itu juga mahu mencari sekolah tarian yang membolehkannya menpraktikkan tarian dan agama tanpa sebarang masalah.
Harapannya kini adalah mengumpul sebanyak $10,000 untuk membolehkan
dia membayar yuran sekolah di mana Stephanie boleh berlatih antara 30-45
jam seminggu.
0 Komentar untuk "Remaja Mahu jadi Penari Balet Profesional Islam Yang Pertama"