AKTOR kacak, Hugh Jackman mendedahkan bahawa dia sekali lagi disahkan menghidap penyakit kanser kulit buat kali kedua.
Menerusi postingnya dalam laman sosial, Hugh, 47; turut
menasihatkan peminatnya agar sentiasa menggunakan krim pelindung
matahari sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak menghidap penyakit
terbabit.
Pelakon filem X-Men itu turut memuat naik sekeping gambar
beliau yang menunjukkan hidungnya dibalut, dengan kapsyen: “Ini ialah
contoh apa yang akan berlaku jika anda tidak menggunakan krim pelindung
matahari.”
“Sel basal (sel lapisan luar kulit) merupakan sel kanser yang paling
tidak memudaratkan. Tolong pakai krim pelindung matahari dan dapatkan
pemeriksaan doktor yang kerap,” ujarnya.
Sebelum ini, Hugh dikesan menghidap penyakit kanser kulit pada tahun 2013. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Pelakon Hugh Jackman Disahkan Hidap Kanser Kulit Buat Kali Kedua"