LONDON – Seorang pelajar sains perubatan warga Nigeria mencetuskan
viral di media sosial di United Kingdom selepas dia memuat naik gambar
anak patung Barbie dalam pelbagai busana menutup aurat rekaannya
Haneefa Adam tidak pernah melihat Barbie berhijab sebelum ini lalu mengambil keputusan membuka akaun Instagram dan memakaikan Barbie dengan rekaannya selepas terjumpa satu laman gaya Barbie di Instagram.
Beliau yang berusia 24 tahun berkata kepada stesen CNN, bahawa beliau juga mula menempah anak patung Barbie sendiri dari luar negara kerana ia memang tidak dijual di negara kelahirannya iaitu Nigeria.
Katanya, anak patung itu adalah cara terbaik untuk memperbaiki tanggapan salah bahawa majoriti wanita Islam dipaksa menutup aurat konon semata-mata untuk melambangkan agama anutan mereka.
Pemegang Ijazah Sarjana Farmakologi dari United Kingdom itu kini mempunyai 19,400 pengikut menerusi media sosial dan mula menerima tempahan Barbie berhijab dari seluruh dunia. – Agensi

0 Komentar untuk "Patung Barbie Berhijab Jadi Bintang Media Sosial"