Seorang lelaki yang cemburu buta, telah menghiris payudara isterinya
sebelum memotong alat sulitnya sendiri kerana menyangka wanita itu
mempunyai hubungan sulit dengan abangnya dalam satu kejadian yang
mengejutkan di Kenya.
Duncan Moseti, 24, menyerang isterinya Margaret ketika wanita itu
sedang tidur pada pukul 3 pagi. Dia juga mengancam untuk membunuh bayi
mereka.
Selepas mengerat buah zakarnya sulitnya, Duncan telah mencampakkan organ lelakinya itu keluar tingkap.
Menurut Margaret, 20, dia tersedar dari tidur selepas mendapati dadanya sakit seperti ditoreh dengan pisau.
“Saya menjerit dan menolaknya ke tepi. Dia mengancam mahu bunuh bayi
saya,’’ katanya yang kemudian melarikan diri untuk meminta bantuan
daripada jiran.
Sekembalinya Margaret ke rumah itu, dia dan jirannya mendapati Duncan terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
Dakwaan mengenai hubungan sulit itu bermula selepas Duncan membawa
isterinya berpindah ke rumah abang Duncan iaitu George, seminggu yang
lalu. Margaret memaklumkan Duncan pernah memberitahunya bahawa dia
mendapat khabar bahawa Margaret curang dengannya.
“Dia suruh saya meninggalkannya dan mengahwini abangnya itu kerana
dia lebih stabil dari aspek kewangan,’’ kata Margaret sambil menambah
bahawa Duncan pernah memberitahu bahawa dia akan melakukan sesuatu yang
akan menyebabkan mereka menyesal.
George bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan dia
hanya membantu adiknya dengan membenarkan dia sekeluarganya menetap di
rumahnya.
Dalam pada itu doktor memaklumkan, Margaret kini stabil manakala
Duncan pula baru menjalani pembedahan bagi membina semula salur
kencingnya.
Bagaimanapun alat sulitnya gagal disambung semula kerana dia mengambil masa yang lama untuk tiba di hospital.
0 Komentar untuk "Lelaki Kelar Payudara Isteri Sebelum Potong Zakar Sendiri"