Hal ini disampaikan sendiri oleh mangsa
sendikit iaitu sekumpulan rakyat Malaysia yang kami jumpa sewaktu kami
melalui daerah Robinvale, Australiapada penghujung April lalu.
Walaubagaimanapun mereka yang menyampaikan kisah ini tidak mahu namanya
dipaparkan oleh pihak kami.
Tujuan kami membongkarkan sendikit ini
adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka yang berhasrat untuk
bekerja disana melalui cara yang dipaparkan ini.
Makan Umpan Kerana Ingin Senang Dengan Cara Mudah
Ramai yang menerima mesej melalui
whatsapp, melalui email, melalui mulut kawan-kawan, saudara-mara
berkenaan peluang pekerjaan kerja petik buah di Australia yang mana di
gembar-gemburkan bergaji mewah hinggakan mampu mencecah RM3,000 ++
seminggu dan mampu mencecah RM15,000++ sebulan. Kes scam petik buah di
Australia ini bukan saja melibatkan golongan peringkat pendidikan rendah
malah ia juga melibatkan mereka yang mempunyai pendidikan taraf
master. Apa yang menyedihkan lagi ada yang sanggup melepaskan kerja
bergaji sekitar RM2,500 hingga RM4,000 di Malaysia semata-mata mahu
mengejarkan peluang pekerjaan yang menjanjikan pulangan yang tidak pasti
ini.
Ada ibu bapa pula yang tahu akan peluang
ini tanpa berfikir panjang sanggup bergadai barangan kemas malah ada
juga yang sanggup menjual tanah serta aset yang ada semata-mata mahu
menanggung kos penghantaran anak mereka yang baru habis belajar dan
yang mengangur untuk turut sama bekerja sebagai pemetik buah di
Australia.
Modus Operandi
Agensi pekerja yang menawarkan sesi
pekerjaan ini kebanyakannya tidak berdaftar dan ada yang menjalankan
secara individu. Mereka ini mempromosikan tawaran melalui Facebook,
Blog, Whatsapp dan social media lain seperti twitter & instagram.
Ada juga yang lebih berani mempromosikan dalam group facebook
komuniti setempat seperti Shah Alam Residence , Bukit Beruntung
Residence dan beberapa group komuniti penduduk yang lain. Sebaik saja
ada mangsa yang berminat telah diperolehi maka selepas itu mereka akan
deactivekan account facebook yang digunakan agar jejak mereka tidak
dijejaki.
Mereka ini mensasarkan kepada siapa saja
dan menggunakan isu-isu berkaitan bebanan hutang, tiada kerja di
Malaysia, mereka yang dibuang kerja sama ada sektor awam atau swasta,
bebanan keluarga dan sebagainya beserta dengan pelbagai janji manis
seperti penginapan yang selesa, transport disana, kebajikan pekerja
diutamakan kononnya serta peluang pekerjaan yang sentiasa ada bagi
mereka yang mengikuti tawaran kerja yang dijanjikan. Malah ada agensi
pekerjaan yang lebih berani dengan menawarkan permit pekerjaan sah
dengan pakej-pakej pembayaran tertentu. Yang mana pakej yang mereka
tawarkan itu mampu mencecah lebih dari RM15,000 seorang.
Indah Khabar Dari Rupa
Hakikat sebenar semua ini hanya janji
palsu untuk menarik minat mangsa agar mereka memperolehi keuntungan
hasil janji palsu yang di khabarkan. Pekerjaan yang kononnya sentiasa
menanti mereka sebenarnya perlu dicari sendiri. Tambah beliau kehidupan
di Malaysia adalah jauh lebih selesa walau bergaji sekitar
RM1,500-RM2,000 .Ini kerana setiap kali kerja di sebuah ladang telah
habis maka semua pekerja perlu pindah disuatu tempat/daerah baru. Bagi
mereka yang tidak mempunyai kereta maka barangan keperluan seperti
barangan dapur terpaksa ditinggalkan dan perlu dibeli semua di tempat
baru nanti.
Hal paling menyedihkan disini adakala
apabila sudah penat bekerja di ladang maka majikan(kontraktor) tidak
beri gaji dengan pelbagai alasan dan tidak terlepas juga dengan masalah
majikan yang melarikan diri. Ada dikalangan mereka juga sengaja mencari
kesalahan yang tidak wujud untuk memotong gaji-gaji pekerja. Walau telah
diberitahu kesalahan tersebut bukan kesalahan dari kita namun alasan
itu hanya didengari sekadar syarat dan kita tiada hak dalam tuntutan
gaji yang dipotong. Kerana majikan ini tahu yang kita datang bekerja
tanpa permit yang sah. Jadi tiada siapa yang akan mempedulikan dan
laporan polis juga tidak akan dilayan sama sekali. Begitulah
tertindasnya kami yang bekerja disini.
Pihak imegresen Australia juga semakin
kerap menjalankan serbuan sewaktu bekerja hinggakan di penginapan juga
ramai yang di tangkap pihak penguasa oleh kerana di kesan bekerja tanpa
mempunyai dokumen sah.
Realiti Kehidupan
Tambah beliau kehidupan pekerja Malaysia
yang bekerja di Australia kadang-kala tertindas lebih teruk dari warga
asing yang datang bekerja di Malaysia. Keadaan penginapan yang kotor,
tiada masa menunaikan ibadah wajib, dan terpaksa berkongsi bilik
berlainan jantina oleh sebab mahu mengurkan kos sara hidup disana.
Disebabkan kebanjiran rakyat Malaysia
yang ingin bekerja di Australia ini juga telah menyebabkan pihak
imegresen meningkatkan sekatan di semua lapangan terbang antarabangsa
mereka dan akan menghantar semula mana-mana pelancong Malaysia yang
didapati mahu datang untuk bekerja disana. Keadaan ini juga telah
menyukarkan ramai pelancong Malaysia untuk masuk melancong kesana.sumber
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Berkongsi Sindiket Penipuan Kerja Petik Buah Di Australia"