Semuanya bermula selepas hasrat mereka
yang ingin mengubah cara hidup dengan menjadikan seorang guru agama
sebagai pakar rujuk bertukar menjadi detik hitam apabila guru agama
berkenaan kemudiannya menjalin hubungan intim dengan wanita berkenaan.
“Pulanglah wahai mama, papa sentiasa merindui mama dan berharap agar kita dapat membina kehidupan baru.
“Papa sanggup memaafkan mama
sekiranya mama pulang ke pangkuan keluarga. Papa berharap mama akan
dilindungi Allah dan memohon agar mama cepat sedar dari perbuatan yang
mama lakukan." begitu nota tulisan tangan seorang suami selepas
isterinya menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang guru agama,
awal bulan lalu.
Dengan layanan istimewa ditambah
penjelasan mengenai hukum agama, ia cukup menjadikan ibu kepada empat
cahaya mata itu ‘cair’ setiap kali bersama suami menghadiri kuliah yang
diadakan di sebuah pusat pengajian di Lembah Klang sejak dua tahun lalu.
Akibatnya, hubungan rumah tangga yang
dibina bersama suaminya sejak 30 tahun lalu kini retak menanti belah
selepas si isteri berubah hati dan menagih cinta guru agama yang sudah
beberapa kali berumah tangga sehingga sanggup menuntut cerai.
Bagi Azman, 50, dia reda dengan keadaan
itu, namun sedikit kesal kerana niatnya untuk merubah cara hidup bersama
isteri bertukar menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya mengakibatkan
mahligai bahagia yang dibina atas dasar cinta kini berantakan.
“Saya akui perjalanan hidup kami suami
isteri agak bebas sebelum ini. Jadi sampai satu ketika, saya rasa
bertanggungjawab untuk mengubah isteri dan keluarga ke arah lebih baik."
"Jadi saya ambil keputusan untuk menghadiri kuliah seorang guru agama berdekatan dengan rumah. Mula-mula semuanya berjalan baik. Isteri selalu memuji dia, saya anggap biasa kerana pada saya orang agama perlu dihormati,” katanya ketika ditemui Harian Metro. [/pullquote]
Azman berkata, setiap minggu dia dan
isteri akan menghadiri kuliah guru agama berkenaan dan pernah beberapa
kali berjumpa secara peribadi untuk mengetahui selok belok agama secara
lebih mendalam.
Tidak lama selepas itu, dia yang sibuk
menguruskan perniagaan tidak dapat hadir ke kuliah selama beberapa bulan
dan hanya isterinya bersendirian yang berjumpa dengan guru agama
berkenaan.
Lama kelamaan saya lihat sikapnya mula
dingin dan sering keluar rumah untuk berjumpa guru agama dengan alasan
tidak faham mengenai tajuk kuliah.
Ada kalanya kami langsung tidak bertegur sapa kerana dia asyik dengan telefon.
“Satu hari saya periksa telefonnya dan
terkejut melihat mesej cinta daripada guru agama berkenaan dalam
aplikasi WhatsApp. Bila saya tanya, dia mula melenting dan
mempertahankan hubungannya dengan guru agama itu.
“Kemuncaknya, pada bulan lalu apabila
dia minta cerai daripada saya dengan alasan tiada persefahaman dan ingin
mendirikan rumah tangga dengan guru agama itu. Saya tanya guru agama
itu dan dia pun mengaku jatuh cinta dengan isteri dan ingin berkahwin,”
katanya yang kini bingung memikirkan masa depan bersama empat anaknya.
0 Komentar untuk "Kisah Benar: Ustaz Syaitan Kerjakan Isteri Orang"