Kota (India) – Presiden kesatuan pelajar sebuah kolej perdagangan kerajaan mengadakan tunjuk perasaan simbolik dengan membawa seekor kerbau untuk merasmikan pejabat kesatuan itu.
Kerbau berkenaan diheret ke Kolej Perdagangan Kerajaan Kota dengan
kad yang tertera perkataan bermakna ‘Pengetua’ digantungkan pada leher
kerbau itu.
Tindakan itu dilakukan sebagai membantah pentadbiran kolej kerana melengahkan perasmian pejabat baru kesatuan.
Presiden kesatuan Prafful Pathak berkata, pihaknya bersetuju
mengadakan tunjuk perasaan simbolik itu selepas sepakat berpendapat
pentadbiran kolej berkenaan sama dengan kerbau.
Menurutnya, pihak pentadbiran tidak melayani permintaan kesatuan
untuk mengadakan majlis perasmian pejabat baru kesatuan pelajar walaupun
berulang kali digesa berbuat demikian.
Prafful berkata, walaupun jawatankuasa baru kesatuan sudah dipilih
enam bulan lalu, pihak pentadbiran kolej masih belum mahu membenarkannya
menjalankan tugas. – Agensi/myMetro Online
0 Komentar untuk "Kerbau Rasmi Pejabat Kesatuan Pelajar Di India"