![]() |
Thesun.co.uk |
BERN,
Switzerland – Sepasukan doktor di sebuah hospital di sini berjaya
memisahkan bayi kembar siam pa–ling kecil susulan satu pembedahan rumit
baru-baru ini.
Kembar siam
perempuan itu, Maya dan Lydia dilahirkan pada Disember tahun lalu dan
masing-masing mempunyai berat 1.08 kilogram. Mereka bercantum pada dada,
hati dan jantung.
Mereka dipisahkan selepas sepasukan pakar bedah melakukan pembedahan selama lima jam.
Pada
mulanya, doktor-doktor mahu menunggu sehingga beberapa bulan sebelum
memisahkan mereka ekoran kembar siam itu berada dalam keadaan sihat
selepas dilahirkan.
Bagaimanapun,
selepas seminggu, keadaan kesihatan mereka merosot secara tiba-tiba.
Seorang bayi itu menga–lami tekanan darah tinggi, manakala tekanan darah
kembarnya pula rendah.
Situasi itu
menyebabkan doktor-doktor nekad melakukan pembedahan yang dilihat
sebagai satu-satunya cara untuk menyelamatkan mereka walaupun pembedahan
seumpamanya tidak pernah dilakukan ke atas bayi yang baru berumur lapan
hari.
“Kami
sebenarnya sudah bersedia untuk menerima risiko kematian kedua-dua bayi
ini. Namun, kami terkejut apabila kembar siam ini selamat menjalani
pembedahan,” kata pengarah unit pediatrik Hospital Universiti Geneva
yang mengetuai pembedahan itu, Barbara Wildhaber.
Keadaan
kesihatan kembar siam itu beransur pulih, sementara berat badan mereka
juga semakin bertambah selain sudah boleh minum susu ibu.
Maya dan Lydia merupakan antara 200 kembar siam yang berjaya dipisahkan di seluruh dunia. – Agensi
0 Komentar untuk "Kembar siam paling kecil berjaya dipisahkan di Switzerland"