Jom Lihat Tempat Paling Aneh Dan Ganjil Di Muka Bumi

        Socotra adalah nama sebuah pulau yang terletak kurang lebih 400 kilometer dari Republik Yaman. Saintis menyebutnya sebagai Galapagos Kedua dan orang awam menyebutnya sebagai tempat yang paling mirip dengan planet Alien di muka Bumi. Semua itu kerana satu pertiga daripada tumbuhan yang hidup di Socotra tidak tumbuh di mana-mana di muka Bumi ini.

Tercatat ada lebih dari 825 spesies tanaman unik tumbuh di Socotra. Tidak hanya tanaman, saintis juga mendapati bahawa 90% reptilia dan 95% siput yang hidup di Socotra tak boleh dijumpai di mana pun di seluruh dunia kecuali di Socotra.

Saintis menduga bahawa ratusan juta tahun yang lalu pada era Miocene, Socotra terpisah dari benua Gondwana lalu berdiri sendiri sebagai pulau. Hal ini lah yang menyebabkan tanaman di pulau seluas 3665 kilometer persegi tersebut tidak tersebar luas ke benua utama.

Pelancongan di Socotra

Socotra sebenarnya adalah nama sebuah wilayah yang terdiri daripada empat buah pulau. Pulau yang paling besar bernama Socotra. Pada tahun 1511 Socotra berada dibawah kekuasaan kesultanan Mahra. Kemudian tahun 1867 bergabung dengan wilayah naungan Inggeris. Pada tahun 1967 semasa kesultanan Mahra sudah tidak berkuasa lagi Socotra bergabung dengan Yaman Selatan, hingga tahun 1990 Yaman bersatu menjadi Republik Yaman.

Socotra sendiri baru mula dikenali ramai setelah saintis dari PBB datang dan meneliti tumbuh-tumbuhan disana. Mulai tahun 1990an Socotra mula dikenali dunia dan perlahan menjadi destinasi pelancongan yang unik di Yaman. Pada tahun 2008 Socotra dimasukkan ke dalam senarai UNESCO sebagai tapak warisan dunia.

               

                Dragon Tree / Pohon Naga (Dracaena Cinnabari)

Inilah tanaman yang paling menarik perhatian di Socotra: Dragon Tree atau Pohon Naga. Disebut demikian kerana pokok yang berbentuk seperti payung ini mempunyai getah berwarna merah yang oleh penduduk setempat dipercayai berasal dari Naga zaman dahulu kala. Penduduk tempatan menggunakan getah pokok ini untuk merawat penyakit dan sebagai bahan pewarna.

               Socotra Dessert Tree / Bottle Tree (Adenium Obesum var Socotranum)

Tumbuhan yang unik ini menjadi daya tarik kedua pulau Socotra kerana bentuk fizikalnya yang gemuk dan bulat. Penduduk setempat bahkan menamakannya Pohon Botol (Bottle Tree). Pohon Botol ini boleh berbunga, dan bunganya berwarna pink yang cantik.

              

              

              

              
0 Komentar untuk "Jom Lihat Tempat Paling Aneh Dan Ganjil Di Muka Bumi "

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info