Bukan satu perkara mustahil jika di kutub utara bumi terdapat sebuah kota yang sudah sangat moden dan mempunyai ramai penghuni.
Namun, bayangkan kehidupan anda setiap hari dalam cuaca sejuk melampau ibarat seperti berada didalam peti ais. Itulah yang dialami oleh penduduk Norilsk, sebuah bandar terpencil Siberia di Russia boleh dianggap seperti berada di dalam peti sejuk kerana hampir sepanjang tahun dilanda cuaca sejuk melampau.
Suhu purata bandar itu adalah -10 darjah Celsius dan boleh mencapai suhu serendah -55 darjah Celsius pada musim sejuk yang tidak berkesudahan.
Pada setiap tahun terdapat dua bulan di mana penduduk di bandar ini terpaksa berdepan dengan kegelapan sepanjang hari. Keadaan yang dikenali sebagai malam polar ini berlaku di kawasan utara dan selatan Bulatan Artik akibat tidak menerima cahaya matahari yang mencukupi.
Lebih teruk lagi, penduduk di bandar ini terpaksa berdepan dengan salji yang turun selama lapan hingga sembilan bulan pada setiap tahun. Bagaimanapun, bandar yang terletak kira-kira 402 kilometer dari Bulatan Artik ini kaya dengan hasil bumi seperti nikel dan tembaga menjadikan industri perlombongannya berkembang pesat.
Kekayaan hasil bumi ini menjadi satu-satunya faktor mengapa manusia sanggup tinggal di Norilsk. Sejarah Norilsk bermula apabila tahanan Gulag digunakan bagi mengembangkan penempatan Siberia itu pada 1935 dan dalam tempoh 20 tahun lebih 500,000 tahanan terbabit dalam pembinaannya.
Sepanjang pembinaan, ribuan tahanan kehilangan nyawa. Hari ini, Norilsk bandar yang terletak paling utara di bumi, mempunyai 170,000 penduduk.
Jurugambar Russia, Elena Chernyshova menghabiskan beberapa minggu di sana untuk projek foto yang bertajuk ‘Days Of Night - Nights Of Day.’ Beberapa gambar menunjukkan penduduk berjemur, berkelah dan berparti untuk memanaskan badan ketika musim sejuk. Cuaca sejuk melampau menyebabkan tempat untuk bersukan, beli-belah dan perjumpaan sosial diadakan di dalam bangunan.
Kanak-kanak sering menghabiskan beberapa bulan di dalam rumah, mujur bandar itu mempunyai bangunan besar tempat mereka menikmati aktiviti riadah seperti berbasikal dan bermain.

0 Komentar untuk "Jom Lihat Kota Paling Utara Di Bumi Hidup Seperti Dalam Peti Ais "